event

Event

 

Bengkel Training of Trainers (TOT) Business Continuity Plan (BCP) Zon 17, 18 dan 19 Negeri Johor

Assalmulaikum WBT dan Selamat Sejahtera,
 
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
 
PROJEK: PEMBANGUNAN PROJEK PHARMACY INFORMATION SYSTEM (PhIS) DAN CLINIC PHARMACY SYSTEM (CPS) DIBAWAH PERJANJIAN KONSESI MAKMAL UBAT DAN STOR, KKM
 
PERKARA: PANGGILAN KE BENGKEL BUSINESS CONTINUITY PLAN (BCP) DAN HELPDESK PROJEK PhIS DAN CPS
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian ini akan mengadakan atas seperti ketetapan berikut:
Tarikh             :           11 – 12 Oktober 2016 (Selasa - Rabu)
Masa               :           8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat           :           Dewan Seminar Ibnu Sina, Bhg. Perkhidmatan Farmasi, Johor
Agenda           :           Seperti di Lampiran A
 
3.         Objektif sesi ini adalah untuk memberi kesediaan kepada Business Continuity Plan
Team (BCP) yang terdiri daripada penyelaras di setiap fasiliti bagi melaksana projek PhlS dan CPS yang sedang dilaksanakan.
 
4.         Sehubungan itu, sukacita Bahagian ini menjemput pegawai-pegawai seperti di Lampiran B dan mohon pelepasan pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan bagi pegawai-pegawai tersebut untuk menghadiri sesi di atas. Sebagai makluman, segala tuntutan berkaitan adalah di bawah tanggungan fasiliti masing-masing.
 
5.         Kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
 
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Saya yang menurut perintah,
 
 
Muhd Bahrudin bin Sari'at
Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan)
Bahagian Perkhidmatan Farmasi Johor
No. Tel. : 072355120 ext. 117
No. HP. : 0102208875
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Start At
Venue
Dewan Seminar Ibnu Sina, Bhg. Perkhidmatan Farmasi, Johor