Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas,
2. Adalah seperti Tuan sedia maklum, Objektif utama bengkel BCP ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada BCP Team yang telah dikenalpasti di setiap fasiliti untuk pelaksanaan Contingency Plan sekiranya system PhIS & CPS mengalami downtime. Merujuk kepada senarai peserta bengkel yang dicalonkan, didapati hanya seorang sahaja wakil pengguna daripada Jabatan Teknologi maklumat yang akan menyertai Bengkel BCP sesi pertama (Zon 21 & 22 Pahang).
3. Pasukan Projek memohon agar pihak negeri dapat menghantar wakil daripada Jabatan Teknologi Maklumat Negeri untuk menyertai di sesi bengkel BCP pertama dan kedua yang akan dijalankan di negeri Pahang. Kehadiran Pegawai dari unit Teknologi Maklumat Negeri adalah diperlukan sepanjang bengkel ini berjalan untuk proses pemahaman perkara tentang'Standard Operating Procedure' yang berkaitan dengan sistem PhIS CPS semasa downtime.
4. Mohon maklumbalas daripada pihak Tuan berkenaan perkara ini. Kerjasama dari pihak Tuan didahulukan dengan ucapan terima kasih
terima kasih
B/p Pengurus projek PhIS/ CPS
Yang menurut perintah,
MUHAMMAD ZULFADLI BIN HASSAN
Penolong Pengarah Kanan,
Cawangan Pembangunan PhIS,
Bahagian Amalan & perkembangan,
Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Lot 36 Jalan Universiti,
46350 petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-78413200/3320
Faks : 03-79682222/2263