TAKLIMAT KHAS PELAKSANAAN PHARMACY INFORMATION SYSTEM (PhIS & CPS)
YBhg Datin/Dr./Tuan/Puan,
Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas dan Memo yang dilampirkan. Mohon pengesahan kehadiran YBhg. Datin/Dr./Tuan/Puan dan wakil-wakil dari Bahagian/Cawangan/Unit ke sesi taklimat tersebut. Semua Pemilik Modul, Data dan Laporan juga dijemput hadir sama.
Terima kasih
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TAKLIMAT KHAS PELAKSANAAN PHARMACY INFORMATION SYSTEM (PhIS & CPS) DI IBU PEJABAT BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
2. Sukacita dimaklumkan bahawa sehingga Ogos 2016, PhIS & CPS telah berjaya dilaksanakan dihampir 80 % fasiliti yang tersenarai dalam Perjanjian Konsesi Makmal Ubat dan Stor, yang telah ditandatangani pada Mac 2011. Sehubungan itu, Bahagian ini bercadang mengadakan taklimat berkaitan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh/Masa : 30 Ogos 2016 / 9.00 pg – 1.00 tgh
Tempat : Bilik Mesyuarat Delima
Agenda :
i. Pelaksanaan PhIS & CPS di ibu pejabat (Datamining, Data Centre, Pemantauan SLA & SLG)
ii. Cabaran-cabaran Pelaksanaan PhIS & CPS (Fasiliti/Data/Modul)
iii. Perancangan Pelaksanaan untuk tahun 2017 - 2019
3. Kehadiran tuan/puan dan wakil-wakil dari Bahagian/Cawangan ke sesi taklimat ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih
Sekian, terima kasih
(ABIDA HAQ BINTI SYED M. HAQ)
Pengarah,
Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi
Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
Kementerian Kesihatan Malaysia
Start At
Venue
IBU PEJABAT BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA