event

Event

 

Bengkel Training of Trainers (TOT) Business Continuity Plan (BCP) Zon 41 dan 42 Negeri Sarawak

Assalamualaikum/Salam sejahtera,
 
Tuan/Puan,
 
Ruj.: JKNSWK/F-11/ (18) Jld.13
Tarikh: 5 OKTOBER 2016
 
Merujuk kepada perkara di atas, sukacitanya dimaklumkan bahawa Taklimat Business Continuity Plan dan Heldesk (Connect Manage) Projek PhIS dan CPS Zon 41 dan Zon 42, JKN Sarawak  telah dijalankan pada 26-27 September 2016 di Miri, Sarawak. Terdapat beberapa maklumat telah ditambah dan dikemaskini semasa taklimat tersebut mengikut prosedur terkini yang telah ditetapkan oleh pasukan projek PhIS. Oleh yang demikian, bersama ini disertakan pautan bagi  slaid pembentangan dan laporan semasa bengkel tersebut untuk rujukan dan tindakan tuan/puan selanjutnya. Mohon agar perkara ini dipanjangkan kepada semua anggota-anggota di fasiliti masing-masing.
 
Sukacita juga diingatkan bahawa Penyelaras/Wakil Zon yang telah menghadiri bengkel perlu menjalankan echo-training kepada anggota di fasiliti lain yang tidak hadir semasa bengkel tersebut mengikut zon masing-masing. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi En Hamidi bin Drahman di talian 082473200 samb 207.Segala kerjasama tuan/puan amat dihargai.
 
 
Sekian, terima kasih.  
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
”Penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan budaya kerja kita”

Saya yang menurut perintah,
 
HAMIDI BIN DRAHMAN
Penolong Pengarah Kanan
Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
No. Tel: 082-473207
No Fax: 082-441786

b.p
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
 
Start At
Venue
Miri, Sarawak