event

Event

 
  • Home Node BENGKEL TRAINING OF TRAINERS BAGI AKTIVITI PELAKSANAAN SISTEM

BENGKEL TRAINING OF TRAINERS BAGI AKTIVITI PELAKSANAAN SISTEM

PROJEK: PEMBANGUNAN PROJEK PHARMACY INFORMATION SYSTEM (PhIS) DAN CLINIC PHARMACY SYSTEM (CPS) DIBAWAH PERJANJIAN KONSESI MAKMAL UBAT DAN STOR, KKM

 

PERKARA: BENGKEL TRAINING OF TRAINERS BAGI AKTIVITI PELAKSANAAN SISTEM

 

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Projek KKM dan Pharmaniaga Logistic Sdn. Bhd. (PLSB) bercadang untuk menjalankan Bengkel Training of Trainers berkaitan aktiviti pelaksanaan sistem seperti berikut :

          2.1    Business Continuity Plan  (BCP),

          2.2    Pemantauan Pelaksanaan Projek PhIS & CPS melalui Connect Manage

          2.3    Pengurusan prosedur backup di Klinik Kesihatan

 

3.         Taklimat pengenalan berkaitan perkara 2.1 dan 2.2 telah dilaksanakan semasa sesi Change Management di setiap zon.  Bengkel kali ini bertujuan melatih penyelaras Negeri dan Fasiliti, Change Agent atau Champion untuk melaksanakan perkara berikut:

 

3.1      Menubuhkan pasukan BCP, menyediakan dokumen SOP BCP dan seterusnya melaksanakan latihan BCP difasiliti.

 

3.2      Memantau kepatuhan vendor terhadap Service Level Agreement (SLA) dan Service Level Guarantee (SLG) melalui sistem Connect Manage dan seterusnya mengesahkan sebarang outlier bagi tujuan tuntutan penalti.

 

3.3   Menguruskan aktiviti backup dan penyimpanan tape difasiliti dan lokasi  tambahan selaras dengan Garispanduan yang ditetapkan oleh pihak MAMPU. Penyelaras IT Negeri dimohon untuk bersama-sama menyediakan pelan cadangan bagi menyelaras lokasi simpanan tape peringkat negeri. Pelan ini juga perlu disahkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri sebagai satu dokumen kepatuhan kepada Dasar Keselamatan IT.

4.         Selepas sesi Bengkel ini, peserta perlu menjalankan aktiviti echo training kepada semua pengguna dan penyelaras IT di fasiliti masing-masing. Oleh itu, peserta perlulah terdiri daripada Pegawai Farmasi dan Pegawai / Penyelaras IT yang bertindak sebagai penyelaras / champion / change agent daripada setiap fasiliti.

5.         Penyelaras Negeri dimohon untuk menguruskan tempahan lokasi Bengkel di mana-mana bilik mesyuarat / latihan Hospital atau Klinik Kesihatan atau fasiliti kerajaan yang bersesuaian. Bersama-sama ini disertakan jadual dan agenda Bengkel yang dicadangkan untuk dipanjangkan kepada peserta peringkat negeri.

6.         Urusan makan / minum adalah dibawah tanggungan Projek ini manakala penginapan dan perjalanan adalah ditanggung oleh jabatan masing-masing. Bersama-sama ini disertakan surat rasmi tersebut. Perhatian dan kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

 

Saya yang menurut perintah,

 

b.p. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM

 

 

NORAZIMAH BINTI ABDUL MANAN
Seksyen Pengurusan Maklumat Amalan Farmasi
Cawangan Perkembangan Farmasi
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Lot 36, Jalan Universiti
46350 Petaling Jaya, Selangor

TELEFON      :    03-78413200 / 3320
FAKS            :    03-79682222 / 2263

Start At
Venue
JKN Perlis/Pulau Pinang/Kedah/Perak/Selangor/WP KL & Putrajaya/Negeri Sembilan/Melaka/Johor/Pahang/Terengganu/Kelantan/Sabah/Sarawak/WP Labuan